Tuesday 26 July 2016

SENYUM DIDADA

Jam 1 45 pagi,
Kami masih disitu, duduk di bangku simen menghadap padang yang kosong dan gelap.
Hanya esok pagi sahaja ia akan meriah dengan rutin mingguan kami, physical training.
Air digelas sudah hampir habis diteguk, namun perbualan dan perbincangan masih berjalan.

Macam mana nak motivate mereka?

Persoalan yang menjadi pokok perbincangan.
Bukan apa, risau dengan adik2 yang sedikit demoralised dengan apa yang mereka hadapi.
Kami bukan boleh membantu banyak, yang pentingbadalah diri mereka sendiri dalam menyusun jadual hidup, coping dengan semua susah payah ini.
Mungkin sedikit tertekan,  tapi itu bukan alasan untuk rebel dan berhenti.

Ia, kami juga mempunyai masa lalu yang lebih kurang sama.
Cabaran, tekanan, jerit perih.
Dari 498 berubah angka menjadi 435.
Dari 435 mengurang menjadi 200 something.
Sehinggalah kini kami berbaki 39 orang dalam setiap batalion.
Dan ia pasti berubah ke angka 10 selepas 6 bulan ini.
How time flies.

Hidup sini memang menekan jiwa dan raga.
Susahnya kita tanggung,
Namun kita masih berpura2 gembira dengan wang poket yang diterima.

Tak apa lah, memang hidup ini adil.
Dapat gaji, dpatlah kerja lebih.

Cumanya, kita sendiri perlu moral up diri masing2.
Nak harapkan mak ayah, mereka jauh dari tempat kita.
Mengharapkan sr2, boleh, bergantung pandai mna kita approach mereka,
Mereka ni bukan kerja nak punish shj, ada banyak benda  baik yang mereka boleh beri asal kita pandai ambil hati mereka dan  sanggup menerima teguran dengan hati terbuka.
Tapi yang paling ampuh, adalah hubungan kita denga pencipta kita.
Sebab Dia sentiasa ada, dimana2.
Dalam keadaan gembira ingat bahawa dia yang beri semua nikmat ini.
Dalam keadaan sedih yakin akan ada hikmah tersembunyi di balik duka.
So, perlu chills dan redha.

Untuk merangka program, melibatkan semua mungkin bukan kapasiti kami.
Tapi kami pastinya ada jalan bagaimana ia membantu kalian memotivasikan diri.
Pokok pangkalnya, kita semua perlu diajar bersyukur dengan apa yang ada.
Ya, bersyukur.
Dengan syukur Allah akan tambah nikmat yang kita tak tahu berganda ganda.

Usaha ini mungkin kecil, namun pengorbanan yang menjayakan amat kami hargai.
Feedback kalian untuk penambahbaikan pastinya kami nanti.
Cumanya, harap semua boleh buka mata hati luas2, melihat indahnya ujian yang Allah bagi kita.
Down macam mana pun, kita masih punyai alam yang selalu bertasbih memujiNya tanpa jemu dan lesu.
Begitu juga kita, perlu ambil semangat alam, sebagai pengajaran dan kehidupan.

Program apa yang kami rangka?
Tunggu..
hadiah surprise alhasil kesabaran.

Mudah2an niat dihati terus lurus,
Mudah2an kalian dapat benefit,
Mudah2an usaha tak seberapa ini diredhai.

Dalam mencipta indahnya kehidupan, perlunya kita berkorban,
Jiwa dan perasaan.
Bukan mudah nak senang, namun ia tak sesukar mana.
Asalkan ikhlas, redha dan bersyukur.
Pasti akan ada kebaikan yang timbul selepasnya.

Teruskan meniti kehidupan dengan senyum.

Senyum...

Monday 25 July 2016

MALAM KOSONG

Merenung malam kosong,
Malam yg menjelma selepas berlalunya senja...
Arghh.. khabar apa agaknya langit oren itu bawa sebelum gelapkan mendatang?
Tarik nafas, mencari diri yang hanyut dengan oxygen percuma tanpa bayaran.

Setiap hari ada senja, tapi tidak setiap senja adalah senja keemasan, dan setiap senja keemasan itu tidaklah selalu sama.

Aku selalu membayangkan ada sebuah Negeri Senja, di mana langit selalu merah keemas-emasan dan setiap orang di negeri itu lalu lalang dalam siluet.

Dalam bayanganku Negeri Senja itu tak pernah mengalami malam, tak pernah mengalami pagi dan tak pernah mengalami siang.

Perkhabaran 2 hari lepas masih tak cukup baik untuk meneruskan perjalanan kehidupan.
Terasa lemah longlai, lemah lutut bila berjalan,
Nafas yang dilepaskan berat, seberat tekanan jiwa yang menekan..
Dyspnea, myalgia, athralgia..

"Tuan, saya tarik diri."

Kepala mencerna perkhabaran senja yang dibawa angin whtapps..

"Kenapa terburu2? Apa family kata?"

Aku bukan tak tahu kisah dia kena touch dengan super sr. Tapi aku yakin itu bukan alasan konkrit. Tapi mesti ada peristiwa disebalinya yang cuba tidak diceritakan..
Mungkin bukan sekarang, belum tiba masa sesuai..

Senja adalah abadi di Negeri Senja, matahari selalu dalam keadaan merah membara dan siap terbenam tapi tak pernah terbenam, sehingga seluruh dinding gedung, tembok gang, dan kaca-kaca jendela berkilat selalu kemerah-merahan.

Orang-orang bisa terus-menerus berada di pantai selama-lamanya, dan orang-orang bisa terus-menerus minum kopi sambil memandang langit semburat yang keemas-emasan. Kebahagiaan terus-menerus bertebaran di Negeri Senja seolah-olah tidak akan pernah berubah lagi….”

-Seno Gumira Ajidarma, Jazz, Parfum, dan Insiden

Aku tahu dia ambil jalan jauh. Bukan bererti mengalah, cuma jalan yang sedikit lain.
Jiwa gagahnya cuba menyantuni semua pihak, sehingga sanggup menolak kemahuan sendiri dan kebahagian diri demi orang lain..
Ia, orang lain.
Ibu yang membela,
Ayah yang menyembunyikan sayang,
Sahabat yang menutup rindu,
Sr yang berani membuli.
Eh?

--------------
Senja dan pantai adalah keindahan yang menawarkan kelat kehidupan. Carilah alam apabila jiwa mulai kontang.

Atau, andai tidak berkemampuan untuk tinggal-tinggalan, carilah tulisan-tulisan ulamak yang telah dulu berpergian sebelum kita.

Mungkin terselit jawapan di celah-celah barisan ayat yang tergores di hadapan mata.

Aku belajar dari dia.
Belajar prediksi masa depan dari pengalaman orang lain,
Walau dia muda.

"Ingat jadi sr tahun akhir ni tak stress pecah kepala?"

Kenal2 lah ramai orang,
Kerna setiap mereka membawa cerita berbeza,
Gunakan ia sebagai pedoman hidup, yang mematangkan diri sebelum usia..

Moga usahamu diberkati tuhan.
Lepaskan pengalaman lalu, maafkan.
Majukan diri menjadi elite force yang kau citakan.
Tuhan ada bersama impian, doa, dan harapan.

Satu malam kosong selepas senja.
Kisah harapan, masa depan.

Monday 11 July 2016

KEMBALI FITRAH

Habis solat raya, saya perasan sepupu saya stay lebih lama di masjid.
Memandangkan kami boncengan Yamaha X25 bersama, saya menunggu dengan berdhuha.
Saya perasan dia menangis, mungkin dia sedihkan kucingnya yang ditinggalkan di bandar..

"Kenapa ni der, ingatkan Mia ke?"
Mia, nama kucing Parsi dia yang warna putih bulu berambu2..
"Tak lah.. nanti aku cerita."

Malam tu, kami anak bujang lepak bawah pokok mangga, sambil mengunyah mangga potong cicah garam..
Yang anak dara sibuk kat dalam rumah..
Budak2 pula riuh main kejar2 ditepi2 pelita..

0034H, Syawal 2.
Tinggal kami berdua dilaman atuk.
Rumah pun dah sedikit gelap, adik2 nak tidur..
Dah pesan Mak Su jangan kunci pintu sebab kami masih nak ambil angin malam..

"Ziq,  apsal tadi sedih2?" Saja tanya..
"Ha... kau ja yang tahu kisah aku kan?"
Aku angguk perlahan..

Dia dengan aku memang rapat gila, walau dia membesar KL aku duduk nun diselatan.
Tapi dulu kami pernah duduk dengan atuk bersama.
Ada apa2 kami akan berkongsi, sehinggalah masalah pribadi.
Kami ni dah macam shbt sejati.

Dia menangis ada sebab rupanya..

"Aku cemburu dengan Alil, sr atas kita setahun. Aku dengar cerita dia dah ada anak".
"Yup.." sambil imagine org kampung aku tu.
"Untung dia.. Masih muda,  halal.. Aku?"

Aku tahu mungkin dia terbeban dengan memori lama.
Aku faham kehidupan dia sekarang..
Payahnya, hanya dia yang rasa.

Benarlah, yang haram tetap haram.
Mungkin masa tu sungguh jahil.
Tak sedar perbuatan sedikit itu mengundang luka pada hati, hingga sekarang.

Sekarang, batin dia sungguh meronta.
Ya, batin.
Bnyak kali juga dia cerita bahwa dia sudah tidak mampu menahan.
Punyai rasa dan pengalaman di masa jahil sebelum melapor di sebuah universiti disiplin negara membuatkan dia terikat undang2.
Tidak dibenarkan berkahwin, sedangkan dia sudah di golongan wajib berkahwin.
Kalau dia tak sabar, pasti dia cari balik gf dia.
Namun, dengan sedikit iman, dia masih mahu menjaga diri, tidak mahu kisah lalu berulang.

"Sabarlah, itulah mujahadah. Akan tiba masanya untuk kau berkeluarga, menyalurkannya pada yang halal.."
Dia tertunduk..
"Allah uji kau. Maha pemurahNya dia bagi kau rasa itu sebelum kahwin, tapi maha PenyayangNya Dia, Dia bagi kau rasa mahu bertaubat. Yakinlah Dia maha pengampun.."

Dalam hati, lagilah aku cemburu pada dia.
Walaupun kisah dia ada palitan hitam, namun hatinya Allah pilih untuk cari kebaikan.
Aku ni?..

"Aku malu, tapi kau je yang faham.. kau jangan pernah buat apa yang aku buat. Sedapnya tak seberapa, lukanya sampai sekarang.."

Malam itu kami sama2 muhasabah.
Kami tidur dibantal yang sama.
Aku dengar zikir halus dri bibirnya yang tak henti2..
Serius aku cemburu pada dia.
Cemburu beb..

"Esok aku kejut kau tahajud".
"Insyaallah..kalau aku bangun". Aku tersengih.

Angin bertiup sepoi, masuk melalui kekisi tingkap yang tak tertutup.
Malam itu malam yg indah buat kami,
terang dengan cahaya bulan sabit.
cerah dengan bintang2 yg bekerlipan.
Bersinar dengan nasihat dan kasih syg  seorang sahabat.

Mudah2an Allah pilih kami untuk istiqamah..
Moga kami semua terus dalam kebaikan.

Saturday 9 July 2016

FITRAH 2

Tarbiah Sentap
11 hrs ·

Umar Alkhattab pernah berpesan:

"Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kami akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya(kepada kawan yang jahat itu). Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu..."

Kini kepala betul2 terasa mereng.
Masakan tidak, bagun seawal jam 0430 pgi untuk tolong ibu buat nasi lemak.
Bukan untuk jualan, tapi untuk juadah baraan perempuan sebentar lagi..

"Mus, hati ana berat ni.."
"Kenapa, ada masalah ceritalah.."
"X apa lah.."

Bukan tak percaya, cuma malu dengan aib sendiri.
Bukan mahu mengeluh dengan apa yang Allah bagi, cuma terasa tak mampu nak tanggung sorang2.

"Ana risau jika hati tak cukup kuat untuk teruskan hidup dijalan ni"

Memang hati rasa macam tu, cuma tak mampu nak diluah.
Aku percaya semua orang akan ada ujian masing2, mengikut kemampuan.
Tapi, aku.. entah. Rasa sangat tak cukup kuat nak tempuh lagi setiap bulan.
Mengenang sahaja cukup menggeletarkan tangan, menyesakkan jiwa, bagaimana pula hendak cuba melupakan?
Ia menjadi igauan ngeri setiap bulan, hampir setiap malam..

"Akh jangan risau, Allah sentiasa ada..
Cuba perati ayat ni..

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

albaqarah 214"

Aku tarik nafas dalam..
Semakin terbeban rasanya.
Bukan ayat alquran tidak memberi sentulan kelembutan, cuma ia mengetuk jiwa  yang terasa kehilangan..

"Boleh tak kalau nak berpatah balik?"

Allahu, aku tahu tu salah.
Tapi aku rasa beban ni.
Rasa tak sanggup nak hadapi..
Macam mna?

Jiwa, kuatlah!
Hadapi dengan sabar dan solat!
Moves on..

Aku tak kuat.
Aku tak kuat...

Aku lemah.

RESOLUSI 2023

Sumalayang Estate Perjalanan dari Bandar Tenggara ke Pekan Parit Raja, melalui pekan baru dan kampung tersusun, dipayungi langit cerah dan l...